v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Kawalan Makro dan Dorong Pembangunan Ekonomi dan Sosial

2008-03-06 16:39:00 CRI

Persidangan Tahunan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China baru sedang diadakan di Beijing. Sidang itu akan memberikan penilaian terhadap kerja kerajaan pusat dalam tempoh 5 tahun lalu, dan menetapkan rancangan pembangunan China pada masa depan. Para wakil dan anggota dari badan-badan kerajaan China berkaitan telah mencapai persefahaman untuk meningkatkan kawalan makro, dan menyelaraskan serta mendorong pembangunan ekonomi dan sosial.

Dalam tempoh 5 tahun lalu, KDNK China telah mengalami pertumbuhan dengan kadar 10% lebih setiap tahun. Sehingga penghujung tahun lalu, keseluruhan ekonomi China yang bernialai lebih daripada 24 ribu bilion dolar Amerika telah menduduki tempat ke-4 di dunia. Jumlah pendapatan China meningkat hampir 2 kali ganda, dan pendapatan penduduk baik di bandar mahupun di desa juga meningkat dengan besar. Pengamalan para wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China dari pelbagai tempat telah mencerminkan kejayaan pembangunan China tersebut. Wakil petani dari provinsi Sichuan, Zuo Wanjun menyatakan,"Pemansuhan cukai pertanian merupakan keputusan penting yang diambil oleh kerajaan pusat untuk meringankan beban kaum petani. Dulu anak-anak dari keluarga yang miskin di desa amat susah mendapat pendidikan, tetapi selepas cukai pertanian dimansuhkan, wang lebihan itu dapat digunakan untuk pendidikan mereka dan memperbaiki kehidupan keluarga."

Itulah pengalaman yang diperoleh hasil perubahan dasar kerajaan China mendorong pembangunan sosioekonomi. Selepas krisis kewangan Asia berlalu pada tahun 1997, kerajaan China menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pesat dengan melaksanakan dasar kewangan yang aktif dan dasar mata wang yang stabil. Pada tahun 2003, kerajaan China mula melaksanakan dasar kawalan secara makro, menegaskan kepada pelbagai pihak supaya menumpukan perhatian kepada usaha mengubah cara pertumbuhan ekonomi, meningkatkan mutu pertumbuhan ekonomi dan mengoptimumkan struktur ekonomi. Dasar tersebut telah mendorong pembangunan ekonomi China menjadi stabil dan pesat sepanjang tempoh 5 tahun lalu.

Namun, ekonomi China juga menghadapi beberapa masalah dan cabaran. Oleh itu, China telah mengambil beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Memperbaiki kehidupan rakyat merupakan matlamat penting dalam pembangunan sosioekonmi China. Lebih banyak dana akan digunakan untuk menyokong pembangunan pertanian, memperbaiki keadaan dan kemudahan pendidikan, dan perkhidmatan perubatan di pelbagai tempat, terutamanya di kawsan miskin. Perdana Menteri China Wen Jiabao telah mengemukakan matlamat baru, iaitu melaksanakan pendidikan wajib yang percuma di seluruh China, memperluas liputan insurans perubatan asas penduduk bandar dan desa kepada lebih 50% bandar di China, mempercepat penubuhan sistem jaminan perumahan dan dasar-dasar yang lain. Menteri Kewangan China, Xie Xuren menyatakan,"Belanjawan tahun ini, menyokong dasar 'Pertanian, Desa dan Petani', mendorong pembangunan pendidikan, perubatan, jaminan sosial, dan memperbaiki kehidupan rakyat merupakan focus penting bidang kewangan. China akan menjamin dan memperbaiki kehidupan rakyat dengan meningkatkan dana peruntukan."

Pakar perubatan China yang juga wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China, Zhong Nanshan menyatakan bahawa sikap kerajaan China untuk menyelesaikan masalah sangat tegas dan konkrit.

"Kerajaan China telah menegaskan tindakan untuk menyelesaikan masalah. Bagi masalah menstabilkan harga barangan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain, kerajaan China telah mengambil tindakan yang konkrit. Ini telah memberi kesan yang mendalam kepada saya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |