v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembinaan Politik Demokratik China Dipandang dari Segi Pemilihan Pekerja dari Desa sebagai Wakil NPC

2008-03-07 14:46:38 CRI

Hu Xiaoyan yang berusia 34 tahun merupakan seorang petani yang berasal dari provinsi Sichuan, barat daya China. Sepuluh tahun yang lalu, Hu Xiaoyan meninggalkan kampung halamannya untuk bekerja di provinsi Guangdong, salah satu kawasan yang paling maju di China. Dia tidak pernah bermimpi bahawa dirinya dan dua orang pekerja dari desa yang lain akan terpilih menjadi wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), iaitu menjadi anggota badan berkuasa tertinggi di China bagi penggal perkhidmatan lima tahun akan datang. Pemilihan tersebut merupakan peristiwa yang penting dalam proses politik demokratik China.

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan pada akhir tahun 1970-an, ekonomi China telah membangun dengan pesat. Seiring dengan penyusunan struktur ekonomi, semakin ramai petani di desa meninggalkan kampung halaman mereka untuk mencari rezeki di bandar. Dengan itu, golongan "Pekerja dari Desa" dibentuk. Berdasarkan statistik kasar, terdapat 130 juta orang pekerja yang datang dari desa. Mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan, pengeluaran dan pengangkutan merupakan bahagian yang penting dalam kumpulan pekerja perindustrian China yang telah memberi sumbangan besar bagi pembinaan bandar dan pembangunan sosioekonomi negara. Disebabkan China menjadi enjin ekonomi dunia, maka, kumpulan pekerja dari desa China ini bolehlah dianggap memberikan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Tetapi, banyak bidang dalam kehidupan kelompok tersebut yang masih kekurangan. Mereka masih sukar mendapatkan kemudahan pendidikan, perubatan, perumahan, insurans sosial dan pekerjaan berbanding dengan penduduk di bandar. Selain itu, disebabkan kualiti pendidikan yang rendah dan kekurangan kesedaran undang-undang, hak yang sah bagi pekerja dari desa ini pun sering-sering diabaikan oleh pihak majikan. Ini telah memberikan kesan yang negatif kepada kesamarataan dan keadilan sosial dan juga telah menarik perhatian NPC, kerajaan China dan pelbagai pihak dalam kalangan masyarakat.

Pemilihan ketiga-tiga orang pekerja dari desa ini sebagai wakil NPC yang berhak menyertai perbincangan menetapkan peraturan-peraturan negara amat berfaedah bagi melindungi hak dan kepentingan golongan tersebut dengan lebih baik, dan ini juga memperlihatkan sistem NPC yang demokrasi secara menyeluruh.

Seiring dengan kebangkitan ekonomi swasta, ramai usahawan swasta telah menjadi wakil NPC belasan tahun yang lalu. Ketika Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China (PKC) diadakan pada tahun 2002, ramai usahawan swasta dipilih menjadi wakilnya. Pada tahun 2005, lebih 30 orang usahawan swasta dan 23 orang pekerja dari desa dipilih menjadi calon "Teladan Pekerja Seluruh China". Pada tahun 2007, tokoh-tokoh bukan anggota PKC menyandang jawatan Menteri Sains dan Teknologi serta Menteri Kesihatan. Ini telah mencabar kebiasaan yang diwarisi sejak puluhan tahun yang lalu. Dengan itu, proses politik demokratik China dilihat amat terangsang.

Pada masa yang akan datang, jumlah pekerja dari desa yang menjadi wakil NPC dijangka akan bertambah. Sempena pembaharuan terhadap pendaftaran kediaman dan pembangunan perindustrian China, sebutan "Pekerja dari Desa" dan "Wakil Pekerja dari Desa" juga mungkin akan lenyap. Namun, baik kemunculan atau pun lenyapnya wakil pekerja dari desa, hanya proses dalam pembangunan politik demokratik China. Dengan kemajuan yang dicapai melalui pembaharan ekonomi, China akan terus mendorong pembinaan demokrasi dari pelbagai aspek dan bidang, termasuk NPC, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), PKC dan demokrasi asas. Demokrasi yang sesuai dengan China pasti akan terbentuk.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |