v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemimpin 8 Parti Bukan Parti Parti Komunis China Menceritakan Kerjasama Pelbagai Parti

2008-03-07 16:16:41 CRI

Persidangan tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) sedang diadakan di Beijing. Dalam sidang akhbar yang diadakan petang semalam, pemimpin 8 parti bukan parti komunis China yang menyertai persidangan itu telah menjawab pertanyaan wawancara tentang kerjasama antara Parti Komunis China dengan pelbagai parti lain dalam pentadbiran negara dan sistem Permesyuaratan Politik Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Resolusi Guomintang China, Zhou Tienong dalam sidang akhbar itu berkata: "Sistem Permesyuaratan Politik Rakyat merupakan sebahagian penting dalam kerjasama antara pelbagai parti China dan juga kaedah penting dalam membina demokrasi sosialis yang bercirikan China. Sistem ini merupakan saluran penting bagi pelbagai parti bukan parti komunis untuk mengemukakan cadangan mereka. Parti Komunis China juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai parti sebelum membuat sesuatu keputusan."

Han Qide, Pengerusi Jawantakuasa Pusat Perhimpunan Jiu San yang juga salah sebuah parti daripada 8 parti bukan parti komunis China berkata, selaku sebuah parti yang mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran negara, Perhimpunan Jiu San telah memainkan peranan penting dalam menyelia demokrasi dan pentadbiran negara. Kata beliau: "Sekarang, Perhimpunan Jiu San mempunyai seramai 107 ribu orang ahli. Sejarah dalam tempoh lebih 60 tahun lalu telah membuktikan bahawa Parti Komunis China merupakan tenaga pimpinan di masyarakat China dan sosialisme bercirikan China seharusnya dipertahankan dalam proses pembangunan negara. Sekarang, kerajaan China mengemukakan strategi pembangunan berdasarkan inovasi sains dan teknologi. Perhimpunan Jiu San pastinya akan memainkan peranan yang lebih penting dan aktif dalam pembangunan negara."

Pelbagai parti bukan parti komunis China mengambil bahagian dalam perbincangan isu politik dan pentadbiran negara seperti pencalonan pemimpin negara, penggubalan dasar dan undang-undang negara. Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai parti tentang perkara yang penting dan amat mementingkan cadangan yang dikemukakan oleh mereka. Jiang Shusheng, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Liga Demokratik China berkata: "Dalam tempoh 5 tahun lalu, kami telah menyertai sebanyak lebih 70 kali mesyuarat yang penting, kebanyakannya dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Perdana Menteri. Pihak kami telah mengutuskan 22 pucuk surat kepada pemimpin-peminpin negara untuk mengemukakan cadangan kami. Kesemua cadangan itu telah mendapat respons daripada Parti Komunis China, kebanyakannya telah dilaksanakan.

Lapan 8 parti bukan parti komunis China telah memilih pemimpin baru mereka pada akhir tahun lalu. Antara pemimpin-peminpin itu ada yang pernah bekerja atau melanjutkan pelajaran mereka di seberang laut, ada yang menyandang jawatan penting di badan kerajaan dan mempunyai kewibawaan yang tinggi dalam bidang keilmuan dan kalangan masyarakat. Profesor Li Chongfu dari Akademi Sanis Sosial China berkata: "Sekarang, pelbagai parti bukan parti komunis China memainkan peranan yang semakin besar dalam pentadbiran negara. Misalnya sekarang Menteri Kesihatan dan Menteri Sains dan Teknologi bukan ahli Parti Komunis China. Saya berpendapat bahawa penyertaan usaha parti bukan parti komunis China dalam pentadbiran negara akan dilakukan dengan lebih meluas pada masa akan datang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |