Presiden China, Hu Jintao menyanjung tinggi sumbangan Hong Kong dan Makau dalam pelaksanan dasar pembaharuan dan buka pintu sejak 30 tahun lalu.
Beliau membuat kenyataan itu semasa menemui wakil Hong Kong dan Makau yang menyertai sidang tahunan NPC dan CPPCC di Beijing semalam. Kenyataan ini mendapat reaksi hangat di Hong Kong.
Akhbar Wenweipao, Hong Kong menyiarkan rencana pengarang yang menyatakan dasar kerajaan pusat kepada Hong Kong berperanan penting bagi memelihara perkembangan ekonomi dan kestabilan sosial Hong Kong. Sekiranya Hong Kong meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saingnya, serta memperkukuh kedudukannya sebagai pusat kewangan , perdagangan dan perkapalan antarabangsa, Hong Kong akan memberikan sumbangan yang lebih besar dalam pembangunan negara.
|