v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perantau China, Orang Cina Serta Media Mandarin di Seberang Laut Memberi Perhatian Tinggi terhadap Sidang NPC dan CPPCC
2008-03-08 19:00:01 Agensi Berita Xinhua China

Parantau China, orang Cina serta media Mandarin di seberang laut memberi perhatian yang tinggi terhadap sidang Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), sidang Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) yang diadakan di Beijing sekarang, serta laporan kerja kerajaan yang dikemudakan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao dan laporan kerja CPPCC yang dikemukakan oleh Pengerusi pertubuhan itu, Jia Qinglin. Mereka berpendapat, NPC dan CPPCC yang diadakan pada tahun ini lebih telus dan terbuka, topik perbincangan lebih pragmatik. Mereka berharap kedua-dua sidang tersebut dapat mencapai kejayaan.

Baru-baru ini, perantau China dan orang Cina di A.S., Jerman, Czech, Itali dan lain-lain telah memberi perhatian besar dan menyanjung tinggi kedua-dua sidang tersebut.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Memajukan Penyatuan Semula China Secara Damai A.S., Zhou Dezhao berkata, sidasng NPC dan CPPCC yang diadakan pada tahun ini lebih telus, pragmatik dan berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Selain itu, dasar yang dikemukakan dari kedua-dua sidang tersebut mengenai penyatuan semula China secara damai lebih tegas.

Baru-baru ini, media Mandarin di A.S. termasuk China Press dan Akhar Dunia telah banyak menerbitkan laporan mengenai kedua-dua sidang tersebut.

Selain itu, media Mandarin di Malaysia, Singapura, Filipina dan Eropah turut memerhatikan penganjuran sidang NPC dan CPPCC. Mereka menyatakan, kedua-dua sidang tersebut telah menjadi jendela bagi dunia untuk mengetahui keadaan di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |