v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Politik Demokratik China Mencapai Kemajuan Besar

2008-03-09 15:59:45 CRI

Dalam Persidangan tahunan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) baru yang diadakan di Beijing petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo telah membentangkan laporan kerja di hadapan hampir 3000 orang wakil. Beliau telah mengimbas kembali kerja yang dilaksanakan oleh NPC dalam jangka masa 5 tahun lalu. Angka-angka yang disebut dalam laporan itu telah memperlihatkan konsep demokrasi dan prinsip menguntungkan rakyat yang dipegang oleh NPC dalam penggubalan undang-undang dan usaha penyeliaan.

Wu Bangguo berkata:"Saya mewakili Jawatankuasa Kebangsaan Ke-10 NPC untuk menyampaikan laporan tentang kerja yang dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun lalu serta cadangan tentang kerja NPC pada masa akan datang."

Hak penggubalan undang-undang merupakan fungsi utama NPC dan Jawatankuasa Tetapnya. Pada 5 tahun lalu, NPC telah menetapkan "membentuk sistem undang-undang sosialis yang bercirikan China" dan "meningkatkan keefisienan undang-undang" sebagai matlamat dan kerja utama dalam usaha penggubalan undang-undang. Semasa mengimbas kembali usaha NPC dalam 5 tahun yang lalu. Wu Bangguo berkata:

"NPC telah membahaskan sebanyak 106 rang pindaan Perlembagaan, rang undang-undang dan rang tafsiran undang-undang, antaranya 100 rang tersebut telah diluluskan. Setakat ini, terdapat 229 buah undang-undang berkuatkuasa di China yang meliputi 7 bidang utama, termasuk Perlembagaan, perniagaan, pentadbiran, ekonomi, sosial, jenayah, rayuan dan prosedur tanpa rayuan."

Angka-angka itu telah memperlihatkan wujudnya matlamat, pengotaan janji serta erti penting usaha NPC dalam tempoh 5 tahun lalu. Wu Bangguo berkata:

"Sistem undang-undang sosialis yang bercirikan China telah selesai dibentuk pada asasnya. Sistem ini menegaskan Perlembagaan dan terdiri daripada undang-undang dan peraturan yang melibatkan 7 bidang utama serta 3 peringkat. Sistem undang-undang yang sedia ada ini telah meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik, kebudayaan dan social. Ini telah memberi jaminan perundangan yang kukuh bagi pentadbiran negara di sisi undang-undang."

Pada September tahun 2005, Jawatankuasa Kebangsaan NPC telah mengadakan sidang pendengaran mengenai rang pindaan "Undang-undang Cukai Pendapatan" yang menaikkan piawaian kutipan cukai. Kakitangan sebuah syarikat di provinsi Guangdong, Yang Qin yang menghadiri sidang pendengaran itu berkata:

"Saya mengumpul banyak bahan dan memikirkannya dengan teliti untuk mengemukakan cadangan yang baik. Saya rasa perkara ini amat bermanfaat kepada saya sendiri dan masyarakat kerana ia merupakan satu kejayaan penting yang mendorong demokrasi dalam proses penggubalan undang-undang."

Matlamat bagi usaha penggubalan undang-undang China ialah membentuk sistem undang-undang sosialis yang bercirikan China menjelang tahun 2010. Ketika menghuraikan kerja pada masa akan datang, Wu Bangguo mencadangkan supaya terus menggalakkan masyarakat awam mengambil bahagian dalam penggubalan undang-undang dan mendengar pandangan rakyat secara meluas. Kata beliau:

"Sistem Kongres Rakyat merupakan kaedah bagi memastikan rakyat pelbagai kaum sebagai tuan rumah negara kita. Kami akan tetap menjalankan usaha berdasarkan kepentingan asas rakyat, menggesa pelbagai badan kerajaan berusaha menyelesaikan masalah yang menjadi perhatian rakyat dan membaiki kehidupan rakyat secara berterusan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |