Pemimpin negara Hu Jintao, Wu Bangguo dan Wen Jiabao telah masing-masing menghadiri perbincangan rombongan si Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) hari ini.
Semasa menghadiri perbincangan rombongan provinsi Shandong, Presiden Hu Jintao berkata, China harus mempercepat pengalihan cara pertumbuhan ekonomi dan berusaha mengembangkan ekonomi dengan pesat dan baik.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo semasa menghadiri perbincangan rombongan provinsi Fujian berkata, China perlu mempertahankan dan menyempurnakan sistem Kongres Rakyat mengutamakan kepentingan rakyat dan menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang.
Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam perbincangan rombongan provinsi Jilin berkata, China perlu mengaitkan pertumbuhan ekonomi dengan penjimatan sumber tenaga dan perlindungan ekologi.
|