9 Mac lalu merupakan hari terakhir untuk mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC). Wartawan dimaklumkan dari jabatan CPPCC yang berkenaan bahawa sebanyak 4772 cadangan telah dikemukakan kepada CPPCC.
Antara cadangan yang diterima oleh CPPCC kali ini, mengenai bidang ekonomi yang menduduki 40% daripada jumlah tersebut.
Pengarah Suruhanjaya Penyeliaan Cadangan CPPCC, Li Tielin menyatakan, anggota persidangan mengemukakan banyak cadangan yang baik tentang pentadbiran negara atau masalah yang menjadi tumpuan utama penduduk awam setelah dibuat banyak penyelidikan dengan teliti..
|