Tiga orang ahli ekonomi China semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan, pertumbuhan ekonomi China yang mapan bermanfaat kepada kepentingan seluruh dunia.
Pegawai Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara China, Zhang Xiaoji menyatakan, walaupun pertumbuhan ekonomi di A.S. telah menjadi perlahan, tetapi pertumbuhan ekonomi China tetap mengekalkan pertumbuhan yang mapan dan ini amat baik kepada pembangunan ekonomi seluruh dunia.
Lin Yifu, bakal ketua ahli ekonomi Bank Dunia berkata, ekonomi makro China sedang berkembang dengan baik, dan ini mencerminkan perkembangan penting bagi kestabilan ekonomi dunia.
Sarjana ekonomi terkenal China, Profesor Li Yining berkata, eksportan China ke Kesatuan Eropah dan negara-negara dunia ketiga sedang meningkat, pada ketika pasaran A.S. telah berkurang. Maka, pertumbuhan ekonomi China tidak akan dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi A.S. yang semakin perlahan.
|