Badan pendakwa raya China meningkatkan usaha perlindungan terhadap sumber-sumber alam dan harta intelek dalam tempoh 5 tahun lalu.
Ketua Jabatan Pendakwa Raya Tertinggi China, Jia Chunwang semasa membentangkan laporan kerja dalam persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) di Beijing hari ini berkata, dalam tempoh 5 tahun lalu, badan pendakwa raya China giat menjalankan usaha membanteras jenayah yang menjejaskan pasaran dan sumber-sumber alam. Dalam tempoh itu, lebih 37 ribu orang suspek yang terlibat dalam kegiatan menjejaskan alam sekitar dan melombong secara haram serta 6,300 orang suspek yang melakukan kegiatan meniru cap dagang dan mencabuli harta intelek ditangkap. Di samping itu, badan pendakwa raya China juga menjalankan operasi khas bagi membanteras jenayah mencabuli harta intelek yang berlaku secara berleluasa di beberapa tempat di China.
|