Naib Menteri Pertanian China, Wei Chao'an menyatakan, bencana salji yang melanda kawasan selatan China tidak akan memberikan pengaruh yang besar kepada usaha pengeluaran pertanian. Bagaimanapun, ia akan memberi kesan terhadap pendapatan kaum tani.
Semasa diwawancara oleh wartawan dalam persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China di Beijing hari ini. Beliau berkata, penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan mengalami kesan yang agak besar daripada bencana tersebut, tetapi ia tidak memberi kesan kepada penanaman gandum yang dilakukan dalam musim sejuk.
Menurut beliau, kerajaan China akan mengambil tindakan bagi membantu menjalankan pembangunan semula, pengeluaran hasil pertanian sempena musim bunga dan kuarantin haiwan ternakan bagi menjamin pendapatan kaum tani terpelihara.
|