v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wakil Rakyat NPC Kemukakan Cadangan Berkait Isu Peningkatan Peluang Bekerja

2008-03-10 17:19:19 CRI

Dalam Persidangan tahunan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) yang sedang diadakan di Beijing, kerajaan pusat China telah mengeluarkan sasaran penyediaan peluang bekerja tahun ini yang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Para wakil rakyat mengakui bahawa langkah itu mencerminkan pemikiran pentadbir kerajaan penggal ini yang menjadikan penyediaan peluang bekerja sebagai dasar penjaminan kehidupan rakyat. Mereka juga mengemukakan cadangan masing-masing berkait dengan perkara itu.

"Salah satu sasaran pembangunan sosioekonomi China pada tahun ini adalah menyediakan peluang bekerja kepada 10 juta rakyat."

Sasaran ini disebut oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam laporan kerjanya. Berbanding dengan laporan kerja tahun lalu, angka tersebut jelas menujukkan pertambahan satu juta.

Encik Li Li yang tinggal di kawasan kediaman Qingheyuan, selatan bandar Beijing, memberitahu wartawan bahawa beliau percaya sasaran itu pasti akan tercapai kerana, selepas perusahaan tempat beliau bekerja dulunya bankrap, kawannya dapat kerja yang baru dengan senang. Malah, baru-baru ini, beliau pun memegang jawatan dengan pendapatan yang tinggi. Katanya:

"Perusahaan kami bankrap pada tahun 2006 disebabkan pengurusan yang lemah. Akibatnya semua staf menjadi penganggur. Pada tahun 2007, Biro Pentadbiran Pelancongan Negara menangani permohonan untuk menjadi pemandu pelancong. Saya segera menyertai kursus pemandu pelancong, dan sehingga sekarang saya masih bertugas sebagai pemandu pelancong."

Menurut Puan Zhou Sumin, seorang wakil rakyat, sasaran yang berbeza dengan tahun lalu mencerminkan kerajaan China lebih berkeyakinan dan mempunyai lebih banyak kaedah untuk mengurangkan tekanan pengangguran selepas dasar penyediaan peluang bekerja yang positif yang dilaksanakan beberapa tahun lalu. Beliau berkata:

"Kerajaan telah menggubal banyak dasar tentang usaha menyediakan peluang bekerja pada tahun-tahun kebelakangan ini. Hasilnya peluang bekerja semakin bertambah dan ini disambut baik oleh rakyat."

Dalam tempoh 5 tahun lalu, ekonomi China berkembang dengan kadar purata melebihi 10% setiap tahun, dan banyak peluang bekerja wujud. Namun, yang lebih penting, jabatan kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar untuk menyediakan peluang bekerja yang positif. Misalnya, melalui pelaksanan dasar penyediaan wang pinjaman yang berjumlah kecil supaya lebih ramai pekerja dapat mengembangkan perusahaan sendiri; dasar pengurangan dan pembebasan cukai dan bayaran tertentu supaya lebih banyak perusahaan dapat menggaji penganggur; dasar tentang menyediakan jawatan kebajikan untuk membantu keluarga miskin agar bebas daripada kesusahan; perkhidmatan dan latihan percuma untuk menjadikan lebih ramai pekerja meningkatkan daya bekerja dan lain-lain.

Selain itu, Undang-undang Penggalakan Penyediaan Peluang Bekerja yang berkuatkuasa pada tahun ini akan menjamin pelaksanaan dasar tersebut di sisi undang-undang.

Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China, Encik Tian Chengping berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kadar pengangguran yang didaftarkan di bandar-bandar di China menjadi stabil bahkan menurun, dan sekarang terkawal pada kadar 4.0%. Beliau berkata:

"Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, kerajaan mengutamakan usaha menyediakan peluang bekerja kepada penduduk. Dalam jangka masa tersebut, sejumlah 51 juta orang di seluruh China telah mendapat pekerjaan yang baru. Angka tersebut terus meningkat pada tahun 2007, dengan pertambahan 12.04 juta orang lagi."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |