Kualiti Udara dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing dapat terjamin.
Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China Zhang Lijun dalam sidang akhbar di Beijing.
Beliau berkata, setakat ini, lebih 200 projek menangani pencemaran udara telah dijalankan di Beijing dengan peruntukan sebanyak 120 bilion yuan RMB. Hasilnya kualiti udara di Beijing telah diperbaiki dengan ketara.
Beliau berkata, kerjasama dan kawalan secara menyeluruh masih perlu dijalankan di kawasan sekitar Beijing untuk menjamin kualiti udara di kawasan itu dalam tempoh Sukan Olimpik nanti. Sekarang, provinsi berhampiran Beijing seperti Hebei, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam , Shandong sedang mengambil tindakan bersama-sama untuk menjamin kualiti udara di Beijing. Langkah-langkah yang diambil termasuk: mentadbir loji janakuasa elektrik dengan arang batu, perusahaan pengeluaran bahan pembinaan dan simen.
|