v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Antirasuah dan Pentadbiran Bersih Jadi Fokus Sidang NPC dan CPPCC

2008-03-11 15:24:16 CRI

Persidangan tahunan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) sedang diadakan di Beijing. Semua pihak, baik bagi rakyat biasa, maupun pegawai kerajaan, menganggap bahawa sidang kali ini merupakan peluang yang baik bagi kerajaan untuk mendengar masalah dan mengetahui hasrat rakyat. Jadi, apakah masalah yang menjadi tumpuan perhatian penduduk China pada masa kebelakangan ini?

Menurut hasil tinjauan yang diumumkan oleh laman web Agensi Berita Xinhua China terkini, di samping masalah "harga barangan" dan masalah "rumah" yang berkait rapat dengan kepentingan penduduk, isu "antirasuah dan pentadbiran yang bersih" sekali lagi menjadi satu daripada isu yang mendapat perhatian besar penduduk China dalam tempoh persidangan NPC dan CPPCC ini. Apa pandangan mereka terhadap masalah rasuah?

Seorang warga tua, Li Wenxing berkata:

"Rasuah bukan sahaja mendatangkan keburukan besar yang amat menjejaskan kepentingan asas rakyat, malahan merosakkan imej kerajaan. Kami rakyat amat benci kepada rasuah."

Seorang guru, Puan Xiang Hong berkata:

"Di samping menangani kes-kes yang penting, kerajaan juga perlu menyiasat gejala rasuah dan mencegah persekitaran masyarakat daripada menjadi buruk, kerana keadaan tersebut adalah punca rasuah."

Cara menghukum pegawai yang terlibat dengan rasuah, kaedah mencegah rasuah dan bagaimana menjamin pentadbiran yang telus telah menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh para wakil rakyat. Berikutan itu, wakil NPC yang juga Ketua Jabatan Peguam provinsi Sichuan, Encik Deng Chuan berkata:

"Jika usaha menyiasat perkelakuan rasuah tidak dijalankan dengan giat, pembangunan sosioekonomi dan keharmonian masyarakat akan terjejas. Justerus, kami akan menyiasat dan menghukum siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan anasir rasuah dan kegiatan kami dalam bidang ini akan terus ditingkatkan."

Wakil NPC daripada Mahkamah Tinggi Rakyat Provinsi Hunan, Encik Kang Weimin berpendapat:

"Kami mempertahankan prinsip sama rata di segi undang-undang. Orang yang melanggar undang-undang, tidak kira apa jawatan dan latar belakangnya akan dijatuhi hukuman sewajar."

Hasrat rakyat merupakan sumber tenaga pentadbiran kerajaan. Rakyat berharap kerajaan akan meningkatkan hukuman berkait dengan gejala rasuah untuk menjamin pegawai menjalankan tugas dengan betul dan fungsi kerajaan terlaksana sepenuhnya. Sehubungan dengan seruan wakil-wakil rakyat, kerajaan pusat telah memberikan jawapan yang positif. Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Encik He Guoqiang sekali lagi menyatakan keazaman kerajaan China untuk membanteras rasuah. Kata beliau:

"Gejala rasuah sekarang merebak di China. Kita mesti meningkatkan usaha untuk menghapuskan anasir rasuah. Kerajaan China akan menyempurnakan peraturan antirasuah dan pelaksanaan pentadbiran yang bersih tahun ini, mendorong tindakan pembaharuan dengan bersungguh-sungguh, mengenakan hukuman dan mencegah gejala rasuah dengan lebih berkesan."

Kerajaan China mempunyai kesedaran yang jelas, sikap yang tegas dan tindakan yang betul untuk membendung gejala rasuah. Presiden Jabatan Peguam Negara China, Jia Chunwang dalam laporan kerja yang disampaikan dalam NPC telah membuktikan usaha kerajaan China, lengkap dengan perangkaan yang terperinci. Kata beliau:

(keluar suara 10)

"Dalam tempoh 5 tahun lalu, terdapat sebanyak 35,255 buah kes yang melibatkan penyelewengan lebih 100 ribu yuan RMB dan penyalahgunaan dana awan yang melebihi satu juta yuan RMB. Kes-kes ini melibatkan pegawai peringkat kaunti dan ke atas seramai 13,929 orang, antaranya 35 orang yang memegang jawatan kementerian ke atas.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |