v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pihak Media Asing Terus Tumpukan kepada NPC dan CPPCC
2008-03-11 16:14:58 CRI

Media asing terus melaporkan perkembangan Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 dan Sidang Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang sedang berlangsung di Beijing. Tindakan merapatkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin, meningkatkan jaminan sosial dan tindakan-tindakan bagi memperbaiki kehidupan rakyat, menjadi tumpuan utama.

"Lianhe Zaobao" Singapura melaporkan, topik yang mempengaruhi kestabilan sosial seperti keselamatan makanan, insurans sosial, dan ekologi yang terjejas merupakan fokus kerja badan perundangan China.

Media utama Britain pula mengutamakan isi kandungan dalam laporan kerja Perdana Menteri, Wen Jiabao tentang menyekat kenaikan harga barang, menghindari ekonomi meluap, meningkatkan peruntukan terhadap usaha perubatan dan kebajikan masyarakat.

"New Izvestia" Rusia mengeluarkan rencana, kerajaan perlu menumpukan perhatian terhadap mutu pembangunan, mencegah masalah rasuah, mengawalkan industri yang menggunakan banyak tenaga, dan merapatkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Amalan itu telah membuktikan, tindakan China adalah betul, dan strategi ekonomi China sangat pragmatik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |