
Menteri Luar China, Yang Jiechi berkata, hubungan damai, berinteraksi, saling menguntungkan dan kerjasama secara harmoni merupakan prinsip dan konsep baru dalam usaha diplomatik China.
Menurutnya, China tetap akan mengekalkan pembangunan secara damai dan bersedia mengadakan dialog dan kerjasama dengan pelbagai negara. Negara-negara itu pula perlu memegang sikap yang adil dan berdasarkan kepentingan antara satu sama lain bagi meningkatkan kepercayaan dan kerjasama. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China di Beijing hari ini.

Katanya, prinsip saling menguntungkan bukan hanya penting bagi ekonomi dan perdagangan, tetapi juga boleh diperkenalkan kepada bidang lain, seperti politik, keselamatan, kebudayaan dan pendidikan.
Semasa menghuraikan konsep kerjasama secara harmoni, Yang Jiechi berkata China telah menetapkan matlamat jangka panjang bagi mengekalkan kedamaian dan mendorong kemakmuran dunia.
|