v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembaharuan Pusingan Baru Terhadap Badan Dewan Negara China Dimulakan

2008-03-12 13:40:16 CRI

Dalam Sidang Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-11 (NPC) pada 11 Mac, Dewan Negara China telah menyerahkan cadangan pembaharuan terhadap badan-badan Dewan Negara kepada NPC yang bersedia memulakan pembaharuan kali ke-6 terhadap badan kerajaan pusat. Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa pembaharuan kali ini akan memastikan perubahan sistem pentadbiran China untuk mencapai matlamat "membentuk kerajaan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan".

Anggota Dewan Negara merangkap Setiausaha Dewan Negara China, Encik Hua Jianmin telah memberikan penjelasan tentang cadangan pembaharuan terhadap Dewan Negara kepada NPC. Kata beliau:

"Tugas utama dalam pembaharuan terhadap badan Dewan Negara adalah mengemaskan fungsi kerajaan dan membaiki hubungan antara pelbagai jabatan, membincangkan untuk melaksanakan penggabungan sistem yang fungsinya lebih berkesan dan bersepadu. Di samping itu, menetapkan fungsi jabatan kawalan makro dengan rasional, menambah badan pengawalan tenaga dan alam sekitar, menggabungkan dan menyempurnakan sektor perindustrian, maklumat dan pengangkutan serta menggabungkan dan menambah jabatan pengawalan masyarakat dan perkhidmatan awam yang bertujuan membaiki kehidupan rakyat."

Kandungan cadangan pembaharuan tersebut termasuk Dewan Negara China akan menubuhkan lima kementerian yang baru iaitu Kementerian Industri dan Maklumat, Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Pembinaan.

Dewan Negara China juga akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Negara yang di bawah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara. Biro Pengawalan dan Pengawasan Makanan dan Ubat-ubatan China diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan untuk memastikan Kementerian Kesihatan bertanggungjawab terhadap kerja penyelarasan keselamatan makanan dan penyiasatan terhadap kejadian yang berkaitan dengan keselamatan makanan. Selepas pembaharuan diperkenalkan, Dewan Negara China akan mempunyai 27 buah kementerian.

Kerajaan China berharap melalui pembaharuan kali ini dapat terus mengubah fungsi kerajaan, membaiki hubungan antara pelbagai badan supaya pentadbiran kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Encik Wang Yukai, professor Universiti Pentadbiran Negara China mengatakan bahawa pembaharuan pusingan kali ini banyak faedahnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah pembangunan kerajaan. Katanya:

"Menurut cadangan pembaharuan ini, fungsi yang bertindan-tindih antara beberapa badan telah dikurangkan. Pembaharuan ini amat penting bagi meningkatkan keefisien kerajaan dan mengurangkan kos pentadbiran."

Pembaharuan Dewan Negara kali ini bertujuan menubuhkan kerajaan yang berorentasikan perkhidmatan. Perkara yang tidak seharusnya diurus oleh kerajaan diserahkan kepada badan lain dan perkara yang harus dikawal oleh kerajaan mesti dijalankan dengan sebaik mungkin. Sehubungan dengan itu, terdapat 15 buah badan yang terlibat dalam pembaharuan kali ini.

Dalam penjelasan tentang cadangan pembaharuan terhadap Dewan Negara, pembahagiaan secara rasional fungsi badan kawalan makro ditegaskan. Encik Hua Jianmin berkata:

"Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara perlu terus mengubah fungsinya, menumpukan kepada kawalan makro, memastikan keseimbangan ekonomi nasional, memandu penggalakan dan menyelaraskan pembaharuan sistem ekonomi, menyelaraskan penyelesaian masalah penting yang muncul dalam perkembangan ekonomi serta meningkatkan usaha meramal dan menyediakan maklumat supaya pelbagai kawasan membangun secara seimbang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |