v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Agama dan Keamanan China Menjadi Platform bagi CPPCC untuk Adakan Pertukaran Lawatan dengan Negara Luar

2008-03-13 16:49:01 CRI

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) sedang diadakan di Beijing. Antara beberapa ribu peserta kedua-dua sidang tersebut, tokoh-tokoh daripada kalangan penganut agama Buhhda, agama Tao, agama Islam, agama Katolik dan agama Kristian amat menarik perhatian peserta lain. Jawatankuasa Agama dan Keamanan China (CCRP) yang terdiri daripada tokoh-tokoh kalangan lima agama tersebut telah menjadi platform penting bagi CPPCC untuk mengadakan pertukaran lawatan dengan negara luar.

CCRP diusulkan oleh seorang pemimpin agama di China, Zhao Puchu dan ditubuhkan pada tahun 1994. Matlamat CCRP adalah untuk mendorong penyertaan pelbagai persatuan agama China serta penganut agamanya dalam usaha damai dunia, dan meningkatkan persahabatan dan pertukaran lawatan dengan pertubuhan keamanan pelbagai agama di dunia untuk memangkin dan memelihara keamanan dunia. Pengerusi CCRP sekarang disandang oleh pemimpin agama Kristian China, Encik Ding Guangxun.

CCRP mengaturkan aktiviti-aktiviti berdoa untuk keamanan pada setiap tahun untuk mendorong pelbagai golongan agama untuk mengembangkan semangat damai, dan menyertai Sidang Antarabangsan Menjamin Keamanan Dunia untuk menyampaikan hasrat kalangan penganut agama di China yang antiperang dan cinta damai. Naib Pengerusi Eksekutif CCRP yang juga Naib Ketua Persatuan Agama Buhhda China, Sheng Hui menyatakan bahawa CCRP sebagai salah sebuah badan di bawah CPPCC telah mengeluarkan sumbangan besar kepada CPPCC. Beliau berkata:

"Atas pimpinan Pengerusi Ding Guangxun dan pengerusi persidangan CCRP, CCRP mengekalkan prinsipnya dan bersahabat dengan pelbagai golongan mesyarakat berdasarkan kaedah "bersahabat, aman, membangun dan bekerjasama". Usaha CCRP telah mencapai kemajuan dan menjadi platform penting kepada CPPCC untuk mengadakan pertukaran lawatan dengan negara luar."

Pada tahun ini, CCRP akan menyertai Sidang ke-7 Persidangan Agama dan Keamanan Asia (ACRP) yang diadakan di Filipina nanti. Sidang itu diadakan lima tahun sekali. Ketika membicarakan hubungan CCRP dengan ACRP, Setiausaha CCRP yang juga Naib Ketua Persatuan Agama Islam China, Yu Zhengui menyatakan:

"ACRP merupakan antara lima pertubuhan peringkat perantau Persidangan Agama dan Keamanan Dunia (WCRP). Ia merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai pengaruh besar di kalangan penganut agama Asia. Pada tahun 2006 dan 2007, CCRP dan ACRP telah menandatangani memorandum persefahaman dan perjanjian tambahan yang selaras dengan pendirian kerajaan China tentang isu Taiwan, Dalailama dan "Falunkong", supaya CCRP dapat menyertai pelbagai mesyuarat yang diadakan oleh ACRP."

Sebagai satu-satunya pertubuhan yang mewakili penganut agama di yang China menyertai aktiviti damai penganut agama dunia, CCRP telah menambah peluang bagi kelompok beragama di China untuk mengadakan aktiviti di arena antarabangsa, dan memperkukuh kedudukan penganut agama China di Asia dan dunia. Pada masa yang sama, CCRP juga berusaha menyebarkan kepercayaan, hidup bermoral dan kebudayaan beragama yang kandungannya bermanfaat bagi mewujudkan keharmonian masyarakat, perkembangan, kesihatan dan tamadun manusia. Naib Pengerusi Eksekutif CCRP yang juga Naib Ketua Persatuan Agama Buhhda, Sheng Hui menyatakan:

"CCRP telah melaksanakan kerja yang aktif dan memainkan peranan yang tidak boleh ditukarganti dalam menjalankan aktiviti pertukaran lawatan dengan negara luar, memelihara kesatuan penganut agama setanah air, mendorong perpaduan dan keharmonian masyarakat dan memelihara kedamaian dan pembangunan dunia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |