v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Program Sains dan Teknologi China Berorientasikan Kehidupan Rakyat
2008-03-13 18:17:39 CRI

Naib Menteri Sains dan Teknologi China, Encik Liu Yanhua menyatakan, dalam tempoh "Rancangan Pembangunan 5 tahun ke-11", program sains dan teknologi China akan berorientasikan kehidupan rakyat.

Beliau berkata di Beijing hari ini, dalam tempoh 2006-2010 itu, nisbah peruntukan antara teknologi industri dengan teknologi mengenai kehidupan rakyat akan berubah menjadi 5:5 daripada 7:3 dalam tempoh "rancangan 5 tahun" yang lalu. Dana sains dan teknologi dalam bidang pertanian, kesihatan, alam sekitar, ekologi, keselamatan, mencegah dan mengatas bencana ditingkatkan dengan tambahan besar.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Sains dan Teknologi China dan badan-badan berkaitan telah melaksanakan tindakan sains dan teknologi yang berkaitan dengan kehidupan rakyat. Misalnya, program panen baik bahan makanan yang dilaksanakan bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi dan Kementerian Pertanian China. Program itu mendorong pengeluaran bahan makanan dan memberikan keuntungan langsung sebanyak 30 bilion yuan RMB kepada petani pada setiap tahun.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |