Sesi Pleno Ke-4 persidangan pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) yang di Beijing semalam memilih Jia Qinglin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC. Dalam sesi pleno itu juga dipilih 25 orang Naib Pengerusi dan 298 orang anggota tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC.
Antara Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC yang baru dipilih itu terdapat 13 orang daripada parti bukan parti komunis China dan ahli bukan parti, 5 orang tokoh dari kaum minoriti dan 4 orang wanita. Antara anggota tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC pula, jumlah anggota bukan parti komunis China mencapai 195 orang, iaitu lebih 60% daripada keseluruhan anggota.
|