Harian Renminribao China hari ini mengeluarkan rencana pengarang yang bertajuk "Melangkah ke Jalan yang Lebih Cemerlang" untuk menyambut baik Persidangan pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) yang ditutup semalam.
Dalam rencana tersebut dinyatakan, persidangan itu menumpukan kepada dua topik utama, iaitu perpaduan dan demokrasi, memperlihatkan kedinamikan CPPCC dan memainkan peranan yang penting bagi mendorong dasar pembaharuan dan pintu terbuka, pembangunan saintifik dan pembangunan politik demokratik.
Pemimpin CPPCC yang baru dipilih dalam persidangan tersebut.
Dalam rencana itu juga dinyatakan, pembangunan politik sosialis yang bercirikan China memerlukan CPPCC giat mengadakan permesyuaratan politik, menyempurnakan mekanisme penyeliaan demokratik, meningkatkan keefisienan penyertaan dalam pentadbiran dan menyediakan jaminan politik bagi usaha pembangunan parti dan negara.
|