Terdapat bukti kukuh yang mencerminkan, kekacauan yang dilakukan oleh sesetengah orang untuk menjejaskan keamanan di Lhasa baru-baru ini adalah dirancang oleh kumpulan Dalai Lama. Aktiviti tersebut telah menimbulkan kemarahan dan menerima kutukan keras daripada penduduk awam di Tibet.
Demikian dinyatakan oleh pegawai Wilayah Autonomi Tibet China semalam. Katanya, beberapa orang melakukan aktiviti kekacauan seperti membakar dan merampas barang-barang di Lhasa baru-baru ini dan ini telah menjejaskan ketenteraman masyarakat tempatan dan membahayakan keselamatan penduduk awam serta harta benda mereka. Kerajaan tempatan sedang mengambil langkah untuk menangani masalah itu.
Katanya, China mampu memelihara kestabilan masyarakat, keselamatan penduduk dan harta benda mereka di Tibet. Niat beberapa orang yang ingin menjejaskan keamanan dan keharmonian Tibet pasti akan gagal.
|