v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media di Seberang Laut Berikan Perhatian terhadap Pucuk Pimpinan Baru China

2008-03-17 16:02:09 Agensi Berita Xinhua China

Media di seberang laut membuat liputan tentang pemimpin-pemimpin baru China yang dipilih dalam Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC baru-baru ini.

AP, AFP dan Reuters pada 15 Mac lalu melaporkan berita-berita mengenai pemilihan Hu Jintao sebagai Presiden negara ini merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, Wu Bangguo yang menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 dan Xi Jinping yang dilantik sebagai Naib Presiden China.

Menurut laporan AP, di bawah pimpinan Hu Jintao, ekonomi negara berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan imej China di pentas antarabangsa semakin meningkat. Dalam laporan itu dinyatakan, pucuk pimpinan baru China menghadapi "cabaran yang serius" sekarang, seperti masalah pengangkutan, kuasa elektrik dan pelan pentadbiran.

Selain itu, Wen Jiabao yang sekali lagi menyandang jawatan Perdana Menteri, serta isu-isu seperti kawalan kenaikan harga barangan dan menjayakan Sukan Olimpik Beijing yang dihadapi oleh kerajaan baru mendapat liputan meluas AP dan Reuters.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |