Jurucakap Kementerian Luar China, Liu Jianchao semalam menyatakan, pembangunan Tibet tidak disekat. Sebarang niat untuk memecahbelahkan tanah air akan dinolak oleh rakyat pelbagai etnik China termasuk penduduk Tibet.
Ketika menjawab soalan wartawan, Liu Jianchao berkata, kejadian keganasan yang berlaku di Lhasa pada 14 Mac lalu mengakibatkan kerugian yang besar terhadap penduduk tempatan. Kejadian itu dilakukan oleh kumpulan Dalai dengan teratur dan terancang. Perbuatan itu bukan "tunjuk perasaan secara aman", sebaliknya ialah jenayah keganasan. Jabatan berkenaan Wilayah Autonomi Tibet dapat bertindak segera untuk memelihara kestabilan masyarakat dan sistem udang-undang negara, serta memelihara kepentingan asas rakyat Tibet.
|