v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persidangan Pertama NPC Ditutup
2008-03-18 10:58:50 CRI

Presiden China, Hu Jintao menyatakan, beliau akan menunaikan kewajipannya, berkhidmat kepada rakyat dan mentadbir negara sepenuh hati.

Beliau berkata demikian dalam upacara penutup Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-11 yang berakhir di Beijing pagi ini. Hu menegaskan, pegawai-pegawai dari pelbagai badan kerajaan China perlu jujur menggunakan kuasa-kuasa yang diberi oleh rakyat dan menjamin pelbagai hak dan kepentingan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo pula dalam ucapannya menyatakan bahawa persidangan kali ini membuka lembaran baru dalam usaha membangunkan negara dan membentuk masyarakat yang maju.

Dalam upacara penutup itu, hampir 3,000 wakil NPC mengundi terhadap draf-draf resolusi mengenai laporan kerja kerajaan, laporan perbelanjaan serta laporan berkaitan Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Peguam Rakyat Tertinggi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |