v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Pertama NPC ke-11 China Ditutup

2008-03-18 17:00:42 CRI

Sidang Tahunan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-11 China yang berlangsung selama 13 hari setengah telah ditutup di Beijing pagi tadi. Dalam majlis penutupan itu, Presiden China, Hu Jintao berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan, bekerja bersungguh-sungguh dan berkhidmat untuk rakyat dan negara.

Dalam tempoh persidangan kali ini, seramai hampir 3000 orang wakil NPC telah menunaikan tanggungjawab mereka masing-masing dengan bersungguh-sungguh dan mengemukakan 462 usul, meluluskan rancangan pembaharuan badan Dewan Negara, dan memilih atau menetapkan pemimpin-pemimpin yang baru bagi negara dan kerajaan.

Ketika menyebut tentang dirinya yang dipilih semula sebagai Presiden China, Hu Jintao berkata: "Sidang kali ini telah memilih saya untuk terus menyandang jawatan sebagai Presiden China. Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan para wakil dan rakyat seluruh negara terhadap saya. Jawatan Presiden China amat mulia lagi berat tanggungjawabnya. Saya akan menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan, bekerja bersungguh-sungguh, berkhidmat untuk rakyat, berusaha sedaya upaya untuk negara, dan tidak akan mengecewakan harapan rakyat seluruh negara."

Lima tahun yang lalu, Hu Jintao buat kali pertama dipilih sebagai Presiden China. Lima tahun selepas itu, beliau sekali lagi dipilih sebagai Presiden dengan undi majoriti yang tinggi. Memandangkan kepercayaan dan sokongan yang kukuh daripada rakyat, Hu Jintao berkata: "Kita sebagai kakitangan kerajaan yang baru, memikul tanggungjawab yang berat yang diberikan oleh rakyat. Kita mesti mengikuti arus zaman dan mempertimbangkan keinginan rakyat. Kita mesti sentiasa berpegang pada prinsip asas, iaitu berkhidmat untuk rakyat, menghormati kedudukan rakyat, menggalakkan inovasi rakyat, melindungi hak dan kepentingan rakyat, dan berusaha untuk memberi manfaat kepada rakyat. Kita mesti cekap dan bersih, tidak menyalahgunakan kuasa dan menerima penyeliaan rakyat."

Perkataan "rakyat" telah banyak kali disebut dalam ucapan Presiden Hu Jintao dalam majlis penutupan tersebut. Manakala, konsep "mengutamakan rakyat" telah menjadi idea pentadbiran kerajaan China beberapa tahun kebelakangan ini. Wu Bangguo yang dipilih semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan NPC juga telah menyenaraikan kepentingan rakyat dalam rancangan kerja NPC pada masa depan.

"NPC ke-11 serta Jawatankuasa Tetapnya akan berpegang teguh pada pimpinan Parti Komunis China, menjadikan rakyat berperanan sebagai tuan rumah negara, dan mentadbirkan negara di sisi undang-undang. Kita juga akan terus berusaha untuk meningkatkan kerja penyeliaan supaya NPC dapat memainkan peranan dalam menyelia pentadbiran dan kehakiman, serta memelihara kepentingan rakyat," katanya.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, China telah mencapai kemajuan besar dalam melaksanakan dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka. Kekuatan negara dan taraf hidup rakyat juga ditingkatkan. Kini, proses pembaharuan dan pembangunan China telah memasuki satu fasa yang penting. Ketika menyebut hal tersebut, Presiden Hu Jintao berkata: "Memandangkan situasi yang baru serta tugas yang baru, kita perlu terus melaksanakan konsep pembangunan saintifik, terus membebaskan fikiran, berpegang teguh pada dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka, berusaha untuk mewujudkan keharmonian masyarakat, dan mempercepat proses pembangunan modenisasi sosialis."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |