Keadaan di Lhasa kembali reda dan kehidupan masyarakat berlangsung seperti biasa. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Wilayah Autonomi Tibet, Encik Qiangba Puncog dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China di Beijing semalam.
Beliau menyatakan, kejadian keganasan yang berlaku di Lhasa pada 14 Mac lalu dilakukan oleh kumpulan Dalai dengan teratur dan terancang. Sehubungan itu, rakyat pelbagai kaum di Tibet menyatakan kemarahan dan mengutuk keras keganasan itu. Kerajaan Tibet telah dapat menangani kejadian keganasan ini di sisi undang-undang. Beliau menegaskan bahawa keazaman rakyat pelbagai kaum Tibet yang menentang perpecahan tanah air, memelihara penyatuan tanah air dan kestabilan masyarakat tidak akan berubah. Katanya, sebarang niat yang menjejaskan keamanan Tibet dan memecah-belahkan tanah air dibenci rakyat China, dan akan tentu gagal.
|