v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Bentangkan Fikiran Pembangunan Negara pada Masa Depan
2008-03-18 12:17:16 CRI

Empat bidang yang diutamakan oleh kerajaan China pada masa depan. Bidang tersebut ialah memelihara ekonomi berkembang dengan pesat dan mantap, mencapai hasil cemerlang dalam pembaharuan sistem ekonomi dan politik, mendorong pewujudan sama rata dan keadilan masyarakat serta meningkatkan pembangunan keharmonian. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao di Beijing hari ini.

Sidang pleno kali pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China (NPC) ditutup di Beijing hari ini. Ketika ditemui wartawan dalam dan luar China, Perdana Menteri, menyatakan, kerajaan China perlu mengutamakan penyelesaian masalah yang menyebabkan pembangunan ekonomi tidak stabil, tidak selaras dan tidak berterusan. Ini terutama dalam mengatasi tekanan yang disebabkan oleh kenaikan mendadak harga barangan dan inflasi yang tinggi untuk memastikan pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap. Kerajaan juga berusaha menggalakkan pembaharuan dan inovasi, serta menghormati dan memelihara hak dan kepentingan rakyat yang sah di samping menyediakan peluang pembangunan bagi setiap warganegara secara sama rata. Matlamat akhir, meningkatkan pembangunan keharmonian dan membangunkan China sebagai negara yang bermoral dan bertamadun.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |