Perdana Menteri, Wen Jiabao memberitau wartawan tentang perancangannya bagi pembangunan negara China dalam tempoh lima tahun akan datang dan masalah masalah yang menjadi tumpuan di China sekarang.
Katanya, mengejar perkembangan ekonomi yang pesat dan mantap, merancakkan pembaharuan sistem ekonomi dan politik, mendorong layanan sama rata dan keadilan masyarakat serta meningkatkan pembangunan keharmonian menjadi empat bidang yang diutamakannya pada masa depan.
Beliau ditemui wartawan dalam dan luar negeri selepas Sidang pleno kali pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China (NPC) ditutup di Beijing hari ini.
Mengenai masalah hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan, Wen Jiabao menegaskan lagi pendirian China yang menentang "pungutan suara Taiwan untuk menganggotai PBB". Kerajaan pusat berharap rundingan damai kedua-dua pihak dipulihkan dengan prasyarat satu China.
Sehubungan itu kejadian keganasan yang berlaku di Lhasa Tibet baru-baru ini, terdapat bukti yang mencukupi, ia dilancarkan atas pimpinan kumpulan Dalai secara teratur dan terancang. Katanya, kerajaan China bekemampuan untuk memelihara kestabilan dan keharmonian masyarakat Tibet serta akan terus menyokong pembangunan sosioekonomi wilayah itu.
Katanya, rakyat China berharap dengan ikhlas untuk menjayakan tanyaan Sukan Olimpik dan mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan rakyat pelbagai negara menerusi temasya Sukan itu.
|