Jurucakap Kementerian Luar Pakistan hari ini mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa Pakistan menentang keras sebarang niat untuk menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China.
Menurut kenyataan itu, Tibet merupakan sebahagian China dan ini merupakan kata sepakat masyarakat antarabangsa.
Pakistan mengutuk kejadian keganasan di Lhasa, Tibet dan berpendapat kejadian keganasan itu sebagai cubaan menggugu pelaksanaan Sukan Olimpik. Sukan terbesar dunia itu merupakan temasya sukan yang penting. Pihak Pakistan menentang sebarang niat untuk menjejaskan sukan Olimpik Beijing.
|