China perlu menimba hasil tamadun yang dicipta oleh umat manusia termasuk tamadun politik.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo di Beijing hari ini.
Menurutnya, jalan pembangunan politik China dipilih oleh rakyat dan selaras dengan keadaan negara yang sebenar. China akan menimba pengalaman politik Barat, tetapi bukanlah sistem pemerintahan pelbagai parti secara bergilir atau pemisahan kuasa antara tiga kelompok kuasa. Katanya, tujuan pembaharuan terhadap sistem politik China adalah untuk menyempurnakan sistem politik sosialisme termasuk sistem Kongres Rakyat Kebangsaan.
Wu menegaskan, kepiawaian dan keinstitusian politik sosialisme seharusnya giat dijalankan.
|