v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Wilayah Autonomi Tibet Mengutuk Keras Insiden Keganasan di Lhasa

2008-03-19 17:47:32 CRI

Tokoh terkenal etnik Tibet yang juga Pengerusi Kehormat Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Wilayah Autonomi Tibet, Encik Raidi hari ini di Beijing mengutuk keras insiden keganasan yang berlaku di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet. Beliau menyatakan, peristiwa tersebut sekali lagi membuktikan bahawa kegiatan kumpulan pemisah Dalai Lama tidak pernah berhenti untuk memecahbelahkan China.

Pada 14 Mac lalu, sekumpulan sami Buddha melontar batu untuk menyerang polis yang sedang melaksanakan tugas di Biara Ramoche, Lhasa. Selepas itu, sekumpulan perusuh mula bermaharajalela di jalan raya, melaung-laungkan slogan "pemisahan", dan merosakkan serta merampas harta awam. Kejadian itu merebak dengan cepat sekali. Dimaklumkan, lebih 210 buah rumah dan kedai serta 56 buah kereta musnah dibakar dan 13 orang penduduk yang tidak berdosa dibunuh.

Encik Raidi berkata bahawa bukti-bukti menunjukkan, keganasan tersebut didalangi dan dirancang oleh kumpulan pemisah Dalai Lama.

"Tujuannya adalah untuk mencetuskan rusuhan sehingga terjadi peristiwa berdarah. Dengan hal ini, mereka cuba menjejaskan penganjuran Sukan Olimpik Beijing serta ketenteraman awam di negara ini. Peristiwa ini sekali lagi membuktikan bahawa kumpulan pemisah Dalai Lama di luar negara tidak pernah berhenti kegiatan mereka untuk memecahbelahkan negara ini," katanya.

Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Wilayah Autonomi Tibet yang terdiri daripada pakar dan sarjana pelbagai bidang merupakan "kumpulan pemikir" bagi pembangunan sosioekonomi Tibet. Pengerusi Kehormatnya, Raidi yang berusia 70 tahun telah menyaksikan perubahan yang besar di Tibet sejak tahun 1951. Raidi berkata, peristiwa yang berlaku di Lhasa tersebut bukanlah suatu kebetulan. Pada lebih 10 tahun kebelakangan ini, sosioekonomi Tibet berkembang pesat, pelbagai etnik di Tibet bersatu padu, penduduk Tibet hidup bahagia. Namun kumpulan pemisah Dalai Lama tidak ingin melihat keadaan tersebut, dan melakukan segala percubaan untuk menjejaskan pembangunan dan kestabilan Tibet.

Selepas peristiwa tersebut berlaku, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil tindakan untuk memadamkan kebakaran, menyelamat mangsa-mangsa yang cedera, dan membanteras kegiatan jenayah berkenaan. Kini, situasi di Lhasa telah kembali tenteram. Namun, kumpulan pemisah Dalai Lama dan sesetengah orang dari negara Barat menyebut kegiatan keganasan yang dilakukan oleh perusuh di Lhasa sebagai "tunjuk perasaan secara damai", dan menyebut tindakan untuk membanteras kegiatan keganasan tersebut sebagai "penindasan ke atas tunjuk perasaan damai".

Raidi berkata, tuduhan tersebut sama sekali telah menyongsangkan fakta.

"Negara dan kerajaan mana sekalipun tidak akan membiarkan kejadian keganasan seperti yang berlaku di Lhasa, tidak akan membiarkan perusuh menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat, tidak akan membiarkan keselamatan rakyat serta harta awam diancam. Boleh dikatakan, negara mana sekalipun pasti tidak akan menerima hal tersebut berlaku," katanya.

Dimaklumkan, kini di Lhasa, kebanyakan kedai, sekolah rendah dan menengah telah dibuka semula. Ketenteraman di Lhasa telah pulih kembali.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |