China berharap badan antikeganasan PBB dapat meningkatkan lagi kerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya melaksanakan pelbagai tugas yang ditetapkan dalam strategi antikeganasan sejagat Perhimpunan Agung PBB.
Pendirian itu dibentangkan oleh naib wakil tetap China ke PBB, Liu Zhenmin dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB semalam.
Liu berkata, strategi antikeganasan sejagat yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2006 memperlihatkan pertimbangan pelbagai negara terhadap masalah antikeganasan. PBB memainkan peranan yang tidak dapat diganti dalam kerjasama antikeganasan masyarakat antarabangsa.
Katanya, China menentang mengaitkan keganasan dengan agama atau bangsa tertentu dan bersikap dwistandard dalam masalah antikeganasan.
Menurutnya, China selalu berpendirian, keganasan perlu dibanteras dengan tindakan komprehensif, terutamanya punca jadinya keganasan mesti dihapuskan.
|