v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Saksi dan Mangsa Ceritakan Peristiwa Rusuhan di Lhasa

2008-03-20 17:10:00 CRI

Baru-baru ini, rusuhan yang didalangi oleh kumpulan pemisah Dalai Lama berlaku di Lhasa, Tibet China. Peristiwa tersebut telah menjejaskan ketenteraman awam di Lhasa, dan mengakibatkan kemalangan jiwa serta kerugian harta awam yang serius. Selepas perisitiwa itu berlaku, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil tindakan untuk membanteras kegiatan jenayah berkenaan. Kini, situasi di Lhasa telah kembali tenteram.

Demi mendapat maklumat lanjut bagaimana rusuhan itu berlaku, pemberita CRI telah mewawancara beberapa orang saksi dan mangsa dalam peristiwa itu.

Pada pukul 11.00 pagi 14 Mac lalu, sekumpulan sami Buddha melontarkan batu untuk menyerang polis yang sedang melaksanakan tugas di Biara Ramoche, Lhasa. Selepas itu, sekumpulan perusuh mula bermaharajalela di jalan raya, melaung-laungkan slogan "pemisahan", merosakkan serta merampas harta awam, dan memukul orang awam yang tidak berdosa. Ketika mengenang kembali keadaan pada hari tersebut, Guru Besar Sekolah Rendah Haicheng Lhasa, Nyima Tsering berkata, perusuh telah menyerang sekolahnya ketika murid-murid habis makan tengah hari dan kembali ke sekolah pada hari itu.

"Perusuh itu menyerang bangunan sekolah kami dan mengancam keselamatan para murid dan guru. Saat itu memang sangat mencemaskan. Kami segera mengumpulkan murid-murid ke dalam bilik darjah untuk melindungi mereka. Pada masa yang sama, kami telah menghubungi ibu bapa murid-murid. Peristiwa itu telah mengakibatkan kerugian sebanyak 1.4 juta yuan RMB kepada sekolah kami. Tetapi yang paling membimbangkan ialah hal itu menimbulkan kesan negatif terhadap psikologi para murid," katanya.

Ketika menyebut peristiwa yang berlaku pada hari itu, murid dari tingkatan dua, Dawa Yudron memberitahu pemberita bahawa dia masih berasa takut sekarang.

"Pada masa itu, saya lihat ada beberapa orang memukul polis, ada juga orang yang memecah masuk ke kedai. Saya berasa sangat takut. Nenek saya berkata, jangan pergi ke sekolah. Maka, saya pun duduk sahaja di rumah selama tiga hari," katanya.

Dimaklumkan, dalam rusuhan tersebut, lebih 210 buah rumah dan kedai serta 56 buah kereta musnah dibakar, dan 13 orang penduduk yang tidak berdosa dibunuh.

Perusuh bukan sahaja memecah masuk ke kedai, tetapi juga memukul pemilik kedai serta merampas barang-barang dalam kedai. Feng Bixia, seorang mangsa yang dipukul oleh perusuh dalam peristiwa tersebut memberitahu pemberita bahawa: "Pada petang itu, saya sedang memasak di dapur. Ada jiran memberitahu saya supaya segera menutup pintu kerana ada rusuhan. Seorang budak Tibet yang berumur 5 tahun dan pembantu rumahnya masuk ke rumah saya dalam perjalanan mereka ke sekolah, dan meminta suami saya menghantar mereka balik ke rumah kerana ketakutan. Akhirnya, suami saya setuju. Sebaik sahaja kami keluar, kami telah dilontar dengan batu bata. Kami terpaksa lari. Saya terkena batu bata dan cedara. Suami saya dan budak itu juga dipukul oleh perusuh."

Di sebuah hospital di Lhasa, pemberita telah menemui seorang mangsa yang bernama Peng Xiaobo. Beliau memberitahu pemberita bahawa 4 buah kedainya telah dibakar oleh perusuh. Isterinya patah tulang belakang ketika melompat dari bangunan yang dibakar, manakala, bapa saudara dan saudara sepupunya tidak dapat menyelamatkan diri dan dibakar hidup-hidup.

"Saya juga ada seorang adik perempuan yang baru berumur 18 tahun. Pada masa itu, tangga bangunan telah dibakar. Dia tidak berani melompat keluar melalui tingkap dan terus turun melalui tangga tersebut. Akhirnya, apabila tangga itu patah, dia pun mati terbakar," katanya.

Kegiatan jenayah perusuh tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat Tibet. Kini, mangsa-mangsa yang cedera dalam rusuhan itu sedang diberi rawatan di hospital.

Pemberita mendapati bahawa kebanyakan kedai, sekolah rendah dan menengah telah dibuka semula. Ketenteraman di Lhasa telah pulih kembali.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |