Iinsiden keganasan yang berlaku di Tibet baru-baru ini tidak akan mempengaruhi program larian obor Sukan Olimpik Beijing. Demikian dinyatakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Jiang Xiaoyu dalam sidang akhbar di Beijing semalam.
Jiang Xiaoyu berkata, pihaknya percaya kerajaan Wilayah Autonomi Tibet berkemampuan menjamin keamanan di Lhasa dan seluruh Tibet, dan juga berkemampuan memastikan pelancaran aktiviti larian obor di wilayah berkenaan.
Menurut rancangan laluan larian obor yang diumumkan, larian obor Sukan Olimpik itu akan melalui di Tibet pada 19 hingga 21 Jun nanti.
|