Beberapa negara masing-masing menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan China mematahkan kejadian keganasan yang dicetuskan oleh pergerakan pemisah Tibet.
Ahli Jawatankuasa diplomatik Dewan Senat Pakistan yang juga Setiausaha Agung Liga Muslim Pakistan, Mushahid Hussain Sayed berkata, semalam Liga Muslim Pakistan menyokong penuh dasar China untuk memelihara kestabilan negara dan keutuhan wilayah. Ini bukan sahaja bermanfaat bagi kestabilan di China, tetapi juga merupakan jaminan utama bagi keselamatan rantau Asia Selatan.
Kementerian Luar Serbia mengeluarkan kenyataan semalam yang menyebut, kerajaan Serbia menghormati kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, sersta menghormati dasar China mengenai isu Tibet.
Beberapa negara termasuk Vietnam, India, Kazakhstan dan Australia menyatakan, sebarang isu yang melibatkan Tibet merupakan politik dalaman China. Mereka berkeyakinan kerajaan China akan menjamin keadaan keselamatan di Tibet, serta memelihara kestabilan masyarakat dan pembangunan ekonomi.
|