
Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang semasa diwawancara semalam menyatakan, niat segelintir orang yang menggunakan Dalai agar mencapai tujuan yang tersembunyi tidak mungkin tercapai.
Wartawan bertanya: Speaker Dewan Perwakilan AS, Puan Nancy Pelosi baru-baru ini telah ditemui oleh Dalai di India dan menyeru masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada China tentang isu Tibet. Aoa komen China memandangkan berlakunya peristiwa tersebut?.
Qin Gang menyatakan, China menentangkan tindakan yang mengggalakkan dan menyokong kumpulan Dalai memecahbelahkan tanah air kerana tindakan itu melanggarkan prinsip asas Undang-undang hubungan antarabangsa.
Beliau bertambah, hampir seratus negara menyokong tindakan China untuk memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta kestabilan Tibet. Selain itu, mereka juga mengutuk kejadian keganasan itu dan para perusuh. Ini membuktikan masyarakat antarabangsa menyokong tindakan kerajaan China. Niat segelintir orang yang menggunakan Dalai mencapai tujuan yang tersembunyi tidak mungkin tercapai.
|