Agensi Berita Xinhua China melaporkan hakikat kerusuhan 14 Mac Lhasa semalam. Kini, banyak peristiwa membuktikan kerusuhan itu dihasut oleh Kumpulan Dalai.
Pada 4 Januari lalu, kumpulan Dalai mengeluarkan "Pergerakan pemberontakan Rakyat Tibet" melalui Internet. Sementara itu, kumpulan Dalai juga menghasut "Pergerakan Takluk Tibet" dalam golongan etnik Tibet di luar negara. Pada 7 Februari lalu, Speaker Parlimen "Kerajaan dalam Buangan" Dalai, Rka Ma Chosphel menegaskan akan melaksanakan pelbagai pergerakan untuk memaksa kerajaan China menyelesaikan "Isu Tibet" pada tahun ini atau dua tahun yang akan datang dengan menggunakan peluang Sukan Olimpik 2008. Sejak 10 Mac, kumpulan Dalai mula mendalangi tindakan untuk mencetuskan dan menghasut penduduk awam mengambil bahagian dalam kejadian keganasan tersebut.
|