Sebarang aktiviti yang berniat untuk memisahkan Tibet daripada tanah air China tidak akan tercapai tujuannya.
Ini berdasarkan kepada rencana pengarang yang diterbitkan oleh akhbar Renminribao China hari ini.
Menurut rencana tersebut, insiden keganasan yang didalangi oleh segelintir pensabotaj di Lhasa, Tibet mengakibatkan kerugian harta benda yang agak besar dan merosakkan kestabilan masyarakat tempatan. Bagaimanapun, kerajaan China telah berjaya meredakan rusuhan itu.
Ada bukti yang menunjukkan, rusuhan tersebut dicetuskan sengaja oleh anasir pemisah "kemerdekaan Tibet" luar China dan dihasut oleh kumpulan Dalai. Niat jahat mereka adalah untuk menjejaskan kestabilan situasti politik China dan memisahkan Tibet daripada tanah air pada saat sebelum perasmian Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing.
|