Menurut pengakuan perusuh terbabit, rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 Mac lalu didalangi dan dirancang oleh kumpulan Dalai, dan dicetuskan oleh anasir pemisah "kemerdekaan Tibet" dari dalam dan luar China.
Dolma yang terlibat dalam rusuhan tersebut mengakui bahawa dia diupah oleh anasir pemisah "kemerdekaan Tibet" untuk merosakkan kemudahan awam atau individu serta memukul orang awam.
Salah seorang ketua perusuh, Nawang Langji mengakui bahawa dia membuat rancangan dan menghasut sekumpulan orang yang menganggur untuk melakukan sabotaj, merampas dan membakar harta benda serta memukul orang awam.
Dalam rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 Mac lalu, 18 orang awam yang tidak berdosa terbunuh. Kerugian langsung akibat rusuhan itu dijangka mencatat 300 juta yuan RMB. Peristiwa tersebut telah membangkitkan kemarahan pelbagai lapisan masyarakat Tibet.
|