Insiden keganasan di Lhasa telah mendedahkan kumpulan Dalai yang membohong bahawa mereka tidak menganjurkan tindakan keganasan. Demikian dinyatakan dalam rencana pengarang Agensi Berita Xinhua China yang disiarkan dalam Harian Renminribao hari ini.
Dinyatakan dalam rencana tersebut, rakyat seluruh dunia mengharapkan ketibaan Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Namun, kumpulan Dalai berniat memaksakan kerajaan China bertolak ansur dalam masalah "kemerdekaan Tibet" dengan ambil peluang Sukan Olimpik Beijing. Kelompok itu mendalangi insiden keganasan di Lhasa.
Rencana itu berbunyi, selepas insiden keganasan berlaku di Lhasa, kumpulan Dalai turut berhadapan tuduhan awam mendia pelbagai negara dan berusaha membebaskannya daripada dikaitkan dengan insiden keganasan kali ini. Akan tetapi catatan sejarah silam dan fakta sekarang terutamanya insiden keganasan yang berlaku pada 14 Mac lalu mendedahkan kumpulan Dalai yang membohong dalam mempromosikan "tindakan bukan keganasan".
Walau apa pun Dalai atau pengikutnya menyembunyikan diri dengan selubung "damai" dan "tidak mengganas", kegiatan mereka yang memecahbelah tanah air tertakdir gagal.
|