v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Agensi Berita Xinhua Membidas Tuduhan Media Barat
2008-03-24 14:47:47 CRI

Agensi Berita Xinhua China menyangkal tuduhan media Barat yang memutar belitkan hakikat rusuhan yang berlaku di Lhasa, Tibet China.

Beberapa media Barat yang membuat liputan rusuhan itu, mengutuk tindakan dan dasar kerajaan China dalam isu Tibet, dan mengkritik kerajaan China kononnya "mencabuli hak kebebasan beragama rakyat Tibet". Mereka juga menguar-uarkan bantahan terhadap Sukan Olimpik Beijing.

Agensi Berita Xinhua yang membidas media Barat kerana laporan berat sebelah menyataksn, pendirian dan tindakan kerajaan China untuk mengatasi rusuhan di Lhasa itu telah mendapat sokongan meluas daripada masyarakat antarabangsa. Menurutnya, rakyat China termasuk penduduk Tibet dan seluruh dunia menyedari niat jahat Kumpulan Dalai. Mereka menyokong dasar dan pendirian kerajaan China dalam memelihara penyatuan negara dan ketenteraman masyarakat. Agensi itu yakin, atlet dan penonton pelbagai negara pasti tidak menghiraukan usaha mengaitkan Sukan Olimpik sebaliknya akan giat mengambil bahagian dalam berlangsungnya Sukan terbesar dunia itu pada Ogos ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |