v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Situasi di Lhasa Kian Tenteram

2008-03-24 17:30:16 CRI

Sekumpulan kecil sami di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China dengan hasutan kumpulan Dalai Lama telah melakukan rusuhan yang menjejaskan ketenteraman masyarakat di bandar itu pada pertengahan March lalu. Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil tindakan untuk membanteras rusuhan tersebut. Kini, kedai, sekolah dan pasar raya di Lhasa telah dibuka kembali seperti biasa dan keadaan masyarakat di bandar itu juga kian tenteram.

Semalam, lebih 200 buah kedai di kawasan pusat membeli-belah Lhasa telah dibuka semula. Encik Guzman dari Itali menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan perusuh membakar bangunan dan merampas barang-barang di bandar itu pada 14 March lalu. Berapa hari kebelakangan ini, situasi masyarakat di Lhasa telah pulih seperti biasa. Beliau berkata: "Saya akan mengziarahi kawan-kawan saya. Pagi tadi, saya telah membeli sayur-sayuran di pasar, kemudian saya makan tengah hari di restoran dan berjalan-jalan untuk makan angin."

Encik Yang Fees Derek dari Sweden melawat Lhasa dengan menunggang basikal sebulan yang lalu. Hotel tempat beliau menginap terletak di kawasan yang mengalami rusuhan paling teruk. Encik Yang Fees Derek menyatakan bahawa beliau telah mendengar jeritan ramai orang dan banyak bangunan yang dibakar ketika itu. Beliau turut menyaksikan perusuh-perusuh membakar dan merampas barang-barang milik rakyat dan kerajaan. Namun akhir-akhir ini, situasi di Lhasa kian tenteram. Yang Fees Derek berkata: "Polis telah mengawal keselamatan pada 15 dan 16 March lalu. Situasi yang bergolak di Lhasa kian reda. Keadaan masyarakat telah pulih seperti biasa."

Baru-baru ini, pasar raya di Lhasa telah beroperasi seperti biasa. Cik Xiong, seorang penduduk Lhasa yang sedang membeli-belah di pasar raya itu berkata: "Pejabat saya berhampiran dengan pasar raya ini. Pengurusan pasar raya ini telah pulih seperti biasa. Barang-barang di sini amat pelbagai dan harganya adalah stabil."

Beberapa buah sekolah di Lhasa termasuk Sekolah Rendah Haicheng telah diserang oleh perusuh dalam kekacauan tersebut. Sekolah itu telah ditutup selama 3 hari. Kini, sekolah tersebut telah beroperasi kembali seperti biasa. Guru Besar Sekolah Rendah Haicheng, Nyima Tsering berkata: "Kesemua guru dan 98% penuntut telah kembali ke sekolah semula dan situasi di sekolah kami amat tenteram."

Grid sepanjang 12.5 kilometer di Lhasa telah dimusnahkan oleh perusuh dalam kejadian tersebut. Seramai beberapa puluh ribu orang pengguna telefon dan internet jalur lebar telah terjejas hubungan akibat rusuhan tersebut. Berikutan itu, badan-badan yang berkenaan segera membaik pulih kemudahan yang dimusnahkan oleh perusuh tersebut. Bekalan elektrik dan jaringan TV di Lhasa telah pulih semula.

Selain itu, pengangkutan awam di Lhasa juga turut kembali pulih seperti biasa. Datuk Bandar Lhasa, Dorje Tsedrup berkata: "Kami akan menghukum penjenayah yang terlibat dalam rusuhan tersebut secara tegas. Kerajaan berazam untuk menjamin kestabilan masyarakat di Lhasa."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |