
Ramai yang melayari laman sesawang Jerman memberi reaksi di laman sesawang Stesen Televisyen RTL untuk menyatakan kekesalan terhadap kesilapan laporan stesen TV tersebut mengenai rusuhan di Tibet China.

Seorang yang menggunakan ID "Franz" menyatakan bahawa kesilapan laporan laman sesawang Stesen Televisyen RTL serta beberapa media lain merupakan keaiban media Jerman. Beberapa media mempunyai prasangka buruk terhadap China dan menyokong usaha memboikot Sukan Olimpik Beijing serta gerakan pemisahan Tibet menerusi laporan yang berat sebelah. Seorang lagi yang melayari laman sesawang menyatakan ramai orang Jerman yang ingin mengetahui tentang China didedahkan dengan fakta diputarbelit melalui laporan beberapa media tertentu. Sementara itu, seorang yang melayari laman sesawang menyatakan media Jerman sentiasa mengecam China beberapa tahun lalu kerana iri hati terhadap China terus berkembang pada masa ini, sedangkan perkembangan beberapa negara Barat telah terhenti.
|