v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Agensi Berita Xinhua Mencela Komplot Kumpulan Dalai
2008-03-25 19:00:26 CRI

Agensi Berita Xinhua China mengeluarkan rencana yang menyatakan, komplot Kumpulan Dalai yang berniat mencemar Sukan Olimpik Beijing tidak akan berjaya.

Pada masa ini, rakyat China sedang giat mengambil bahagian dalam kerja-kerja persiapan temasya sukan terbesar dunia itu. Namun Kumpulan Dalai berniat menjadikan isu Tibet sebagai isu antarabangsa dengan mengambil peluang ketika tumpuan dunia kepada Beijing, penganjur temasya sukan terbesar itu. Pada tahun lalu, Kumpulan Dalai beberapa kali menyatakan, "tahun 2008 sangat penting kerana Sukan Olimpik mungkin merupakan peluang terakhir bagi rakyat Tibet".

Dewan Belia Tibet iaitu rejim yang paling kuat dalam Kumpulan Dalai mengancam akan mendorong "kemerdekaan Tibet" melalui tindakan keganasan.

Agensi Berita Xinhua China mengulas, Sukan Olimpik 2008 diadakan di Beijing merupakan pilihan rakyat seluruh dunia. Kumpulan Dalai yang berniat mempolitikkan Sukan Olimpik Beijing dan mengaitkannya dengan isu Tibet pasti akan gagal.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |