v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Polis China Menangkap Suspek yang Terlibat dalam Kes Membakar Bangunan dalam Rusuhan 14 March di Lhasa

2008-03-25 14:55:05 Agensi Berita Xinhua China

Kementerian Keselamatan Awam China telah mengadakan sidang akhbar di Beijing semalam untuk memaklumkan kedudukan siasatan mengenai dua kes membakar bangunan di Lhasa yang mengakibatkan beberapa orang terkorban. Jurucakap kementerian itu, Shan Huimin menyatakan bahawa 5 orang suspek yang terlibat dalam dua buah kes tersebut telah ditangkap, dan situasi di Lhasa telah pulih seperti biasa. Polis China telah bersikap sabar dan tidak menggunakan sebarang senjata pembunuhan beramai-ramai semasa mengawal situasi di bandar itu.

Rusuhanyang mengakibatkan bangunan terbakar dan barang-barang dirampas telah berlaku di Lhasa pada 14 March lalu. Kes membakar Kedai Pakaian Yichun Lhasa dan kedai motosikal di kaunti Dazi telah mengakibatkan ramai rakyat cedera atau terkorban. Shan Huimin telah memaklumkan bagaimana pihak polis menangkap suspek yang terlibat dalam kes tersebut. Beliau berkata: "Kini, pihak polis Lhasa telah menangkap 3 orang suspek yang terlibat dalam kes membakar Kedai Pakaian Yichun di Lhasa dan 2 orang suspek yang terlibat dalam kes membakar kedai motosikal di kaunti Dazi. Suspek-suspek tersebut telah mengakui kesalahan mereka."

Pada kira-kira pukul 2.30 petang 14 March lalu, 3 orang suspek, termasuk Qime Lhazom dan Ben' gyi telah menceroboh Kedai Pakaian Yichun yang telah dirampas oleh perusuh lain. Mereka telah membakar barang-barang di dalam kedai tersebut. Kebakaran itu telah mengakibatkan 5 orang pekerja di kedai tersebut terkorban.

Pada kira-kira pukul 10.00 malam 15 March lalu, seorang suspek Loyar telah menyertai rusuhan yang berlaku di pekan Deqing, kaunti Dazi. Dia bersama-sama seorang suspek lain yang bernama Kangzug telah menceroboh sebuah kedai motosikal. Kemudian kedua-dua orang suspek itu membakar kedai tersebut. Seramai 5 orang mangsa termasuk seorang bayi yang baru berumur 8 bulan telah terkorban dalam kebakaran tersebut.

Pihak polis telah menayangkan rakaman video tentang siasatan yang dibuat di kedua-dua kedai tersebut. Shan Huimin berkata: "Lima orang suspek tersebut telah melanggar undang-undang China. Kes-kes itu menunjukkan bahawa rusuhan 14 March bukan aktiviti tunjuk perasaaan secara damai, tetapi menjadi peristiwa keganasan."

Menurut kernyataan yang dibuat oleh perusuh yang terbabit, kekacauan pada 14 March di Lhasa adalah dirancang oleh kumpulan Dalai Lama. Shan Huimin berkata: "Pemisah Tibet menjalankan rusuhan tersebut dengan tujuan menjejaskan Sukan Olimpik Beijing 2008 serta situasi yang tenteram di China agar Tibet dapat dipisahkan daripada China. Tindakan tersebut telah mencetuskan kemarahan rakyat Tibet dan turut dibidas oleh rakyat di seluruh China."

Rusuhan tersebut telah mengorbankan 18 orang rakyat dan mengakibatkan kerugian harta lebih 300 juta yuan RMB.

Sebaik sahaja rusuhan tersebut berlaku, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil langkah untuk membanteranya. Kini, situasi di Lhasa telah pulih kembali seperti biasa. Shan Huimin menyatakan bahawa rakyat pelbagai etnik di Tibet dengan teguh bersatu hati menyokong kerajaan untuk membanteras rusuhan tersebut. beliau berkata: "Pihak polis menjalankan operasi untuk mengawal keselamatan anggota masyarakat dan memelihara kepentingan rakyat di sisi undang-undang. Polis China tidak menggunakan sebarang senjata pembunuhan secara beramai-ramai dalam operasi tersebut, dan operasi itu disokong oleh rakyat Tibet."

Diberitakan juga bahawa 242 orang polis cedera, 23 orang antaranya cedera parah dalam operasi tersebut manakala seorang terkorban.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |