Pemimpin kerajaan asing menyatakan sokongan terhadap cara China menangani rusuhan di Lhasa, Tibet baru-baru ini berdasarkan undang-undang.
Pengerusi Kumpulan Anggota Duma Parti Komunis Persekutuan Rusia Gennadi Zuganov mengeluarkan kenyataan bahawa rusuhan di Tibet merupakan kejadian yang didalangi pihak tertentu bertujuan menentang kerajaan China. Parti Komunis Persekutuan Rusia secara kukuh menyokong pemimpin Parti Komunis China serta tindakan kerajaan China menghentikan kegiatan jenayah dan secara keras mengecam percubaan mempolitikkan Sukan Olimpik Beijing 2008.
Presiden Iraq Jalal Talabani menyatakan melalui Duta Besar Iraq ke China, Iraq mengecam kejadian keganasan yang berlaku di Lhasa dan secara teguh menyokong segala usaha China untuk memulihkan kestabilan tempatan.
Selain itu, beberapa pemimpin Singapura, Brasil, Samoa, Mesir, Mauritania, Fiji, Palestin dan India mengecam kejadian keganasan di Tibet dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan dan rakyat China.
|