v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelaburan Aset Tetap Tibet pada 5 Tahun Ini Lebihi 100 Bilion Yuan RMB
2008-03-26 15:08:19 Agensi Berita Xinhua China

jumlah pelaburan aset tetap di Tibet telah melebihi 100 bilion yuan RMB dari tahun 2003 hingga 2007. Angka itu 74% lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan selama 24 tahun sejak tahun 1978 hingga 2002.

Menurut angka-angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Wilayah Autonomi Tibet, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pusat China telah meningkatkan sokongan kepada Tibet. Pada tahun lalu, 180 projek besar telah ditetapkan untuk dilaksanakan pada beberapa tahun akan datang. Antaranya, projek pengangkutan seperti Lapangan Terbang Ali dan Laluan Lanjutan Landasan Kereta Qinghai-Tibet. Projek infrastruktur pula seperti program keselamatan air minum di desa, pembinaan kemudahan elektrik di kawasan tanpa bekalan elektrik serta kemudahan infrastruktur di kawasan kendiaman petani dan penternak. Masalah pengangkutan dan sumber tenaga yang mengekang pembangunan Tibet telah diredakan pada taraf tertentu, dan keadaan infrastruktur diperbaiki dengan ketara.

Pada tahun ini, Tibet merancang untuk melaksanakan sebanyak 77 projek penting dengan nilai lebih 20 bilion yuan RMB. Setakat ini, lebih 20 projek daripadanya telah dimulakan pembinaannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |