Kekacauan yang berlaku di Lhasa dan beberapa kawasan etnik Tibet lain bukan masalah agama, tetapi jenayah yang dilakukan oleh kumpulan Dalai Lama untuk memecahbelahkan negara dan perpaduan kebangsaan menggunakan agama. Ahli Pengkaji Pusat Kajian Tibetologi China, Sonam Doji berkata demikian semasa diwawancara oleh wartawan CRI hari ini.

Beliau berkata, pemberontakan bersenjata yang dirancang oleh kumpulan Dalai Lama pada tahun 1959, mahupun kekacauan tersebut ialah tindakan balas dendam yang dilancarkan oleh kumpulan Dalai Lama kononnya tidak mahu melepaskan kepentingan dan kedudukan pemerintahnya.
Mengenai perkataan yang disebar oleh kumpulan Dalai Lama di seberang laut bahawa "rakyat Tibet tidak bebas menjalankan kegiatan agama", Sonam Doji menyangkal hal itu kerana Perlembagaan China menetapkan dengan jelas, setiap penganut bebas menjalankan kegiatan masing-masing. Dasar itu telah dilaksanakan dengan sepenuhnya di Tibet. Sehingga ini, terdapat sebanyak 1787 buah biara dan tempat ibadat agama di wilayah tersebut. Ini telah memenuhi keperluan asas kehidupan beragama rakyat di Tibet.
|