Presiden China, Hu Jintao menghargai pendirian tegas Presiden George W. Bush dan kerajaan A.S. yang menyokong dasar satu China, serta menentang "Kemerdekaan Taiwan" dan pungutan suara "Keanggotaan Taiwan dalam PBB".
Beliau menyatakan demikian semasa menghubungi Presiden Amerika itu menerusi telefon semalam. Presiden Hu berharap agar China dan A.S. terus berusaha untuk memelihara kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan.
Mengenai rusuhan yang berlaku di Lhasa Tibet baru-baru ini, beliau berkata, peristiwa kali ini merupakan kegiatan jenayah melampau. Sebarang kerajaan yang bertanggungjawab akan bertindak menangani rusuhan seumpama yang teruk mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.
Hu Jintao menegaskan, jika Dalai Lama bersedia membatalkan niat untuk "Kemerdekaan Tibet" dengan menghentikan kegiatannya memecahbelah tanah air, terutamanya yang boleh menjejaskan Sukan Olimpik Beijing, kerajaan China bersedia berunding denganya.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat tentang isu nuklear Semenanjung Korea.
|